Monday 2 January 2017

Kemahiran Proses Sains: Memerhati dan Mengelas

Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3

Kemahiran proses sains untuk kali ini ialah memerhati dan mengelas.

Aktiviti dalam kelas

  1. Murid memilih satu objek yang terdapat di dalam kelas.
  2. Murid diminta memerihalkan objek tersebut dengan menggunakan deria yang sesuai iaitu deria lihat, bau, dengar, rasa (lidah) dan rasa (sentuh). Murid menggunakan sebanyak deria yang boleh.
Aktiviti luar kelas
  1. Murid memetik sehelai daun di kawasan sekitar kelas.
  2. Murid memerihalkan daun tersebut dengan menggunakan deria yang sesuai iaitu deria lihat, bau, dengar, rasa (lidah) dan rasa (sentuh). Murid menggunakan sebanyak deria yang boleh.











Aktiviti dalam bilik darjah.

Aktiviti 1

  1. 10 murid keluar ke hadapan kelas. 
  2. 10 murid ini membentuk kumpulan
  • berdasarkan jantina 
  • berdasarkan uniform yang dipakai
Aktiviti 2

i. Set butang ini mempunyai pelbagai warna dan tiga saiz. Murid membentuk kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sama ada
  • beberapa butang yang sama saiz tetapi berlainan warna. Contohnya, 3 butang merah, 5 butang krim dan 2 butang hitam.
  • beberapa butang yang berlainan saiz. Contohnya, 2 butang kuning, 4 butang biru dan 6 butang putih.
ii. Murid membuat pengelasan butang sama ada berdasarkan warna ataupun saiz.







Lembaran kerja untuk aktiviti kumpulan.


  1. Setiap kumpulan diberikan set lembaran kerja ini. 
  2. Kumpulan berbincang bagaimana mereka ingin mengelaskan gambar objek yang diberi.
  3. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja dan dibincangkan.




  1. Setiap kumpulan diberikan set lembaran kerja ini. 
  2. Kumpulan berbincang bagaimana mereka ingin mengelaskan gambar objek yang diberi. Kumpulan mengguntingkan gambar objek dan menampalkannya pada ruangan yang disediakan berdasarkan pengelasan yang mereka fikirkan sendiri.
  3. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja dan dibincangkan.



Aktiviti mengelas 3 Arif















No comments:

Post a Comment